Tuesday, February 10, 2009

TIP memilih fabrik hiasan rumah (langsir, sarung kusyen, cadar, sarung bantal, alas meja, sofa) :
  • Pilih corak dan warna fabrik terlebih dulu sebelum memilih warna cat rumah.
  • Fabrik polos digalakkan untuk konsep kediaman moden dan ringkas manakala fabrik bunga sesuai untuk mereka yang menggemari gaya kedesaan Inggeris.
  • Menukar hiasan fabrik baru boleh mewujudkan suasana ceria tanpa perlu menukar semua perabot atau mengecat rumah menjelang Hari Raya.
  • Warna alam seperti biru dan hijau sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan dan merehatkan minda
  • Motif grafik berwarna terang dan mempunyai warna bertentangan agak menarik jika dijadikan cadar di bilik tidur sebagai titik tumpuan di bilik berkenaan.
  • Jangan campur aduk warna untuk kusyen dan katil tetapi gunakan satu warna dengan berbeza ton untuk mewujudkan suasana harmoni di dalam rumah.
  • Konsep etnik seperti bambu boleh dijadikan bidai atau tirai rumah yang menarik dan kain pua pula boleh dijadikan alas meja, penghias sofa dan sarung kusyen kecil yang menarik.
  • Sesuaikan pilihan warna fabrik dengan warna dinding rumah dan konsep perabot.